Konteks relevan Masa_diskret_dan_masa_selanjar

Masa diskret sering digunakan apabila terlibatnya penyukatan empirik kerana biasanya pemboleh ubah hanya boleh disukat secara berjujukan. Contohnya, walhal kegiatan ekonomi sebenarnya berlaku secara selanjar, tanpa sedikit masa pun apabila seluruh ekonomi terhenti, namun adalah tidak mustahil untuk menyukat kegiatan ekonomi secara diskret sahaja. Oleh itu, data terbitan tentang keluaran dalam negeri kasar (misalnya) disiarkan dalam bentuk nilai-nilai suku tahunan.

Dalam cuba menerangkan secara empirik pemboleh ubah sedemikian dari segi pemboleh ubah lain dan/atau nilai terdahulu tersendiri, harus digunakanlah kaedah siri masa atau regresi yang mana pemboleh ubah itu diindekskan dengan subskrip yang menandakan kala masa pemboleh ubah itu dicerap. Contohnya, yt boleh menandakan nilai pendapatan y yang dicerap pada tempoh t yang tidak tentu, y3 itu nilai pendapatan yang dicerap pada kala masa ketiga, dsb.

Lebih-lebih lagi, apabila seseorang penyelidik cuba mencipta suatu teori untuk menjelaskan apa yang dicerap dalam masa diskret, selalunya teori itu diungkapkan dalam masa diskret untuk memudahkan pembentukan model siri masa atau regresi.

Sebaliknya, model teori lebih senang dibentuk dalam masa selanjar dari segi matematik, malah selalunya dalam bidang-bidang seperti fizik, penerangan yang tepat memerlukan penggunaan masa selanjar. Dalam konteks masa selanjar, nilai pemboleh ubah y pada titik masa yang tidak ditentukan bertanda y(t) atau sekadar y jika maksudnya sudah jelas.